Sebentar tadi ceramah di atas lori treller Dap di hadapan pejabat Dap Johor Jaya telah mendapat sambutan yang sungguh luar biasa dengan kehadiran dari berbagai lapisan masyarakat.Kehadiran yang mencecah ribuan jelas menunjukkan bahawa sokongan rakyat terhadap Dap khususnya pakatan rakyat semakin meningkat hingga mengugat kedudukan UMNO BN di pasir gudang.
Dengan kehadiran yang penuh sesak ini,ia membawa mesej bahawa rakyat di semua peringkat sudah menolak secara total kerajaan yang dipimpin oleh UMNO BN dan RAKYAT juga menunjukkan dengan jelas tanda inginkan perubahan besar dengan mengantikan kerajaan UMNO BN dengan PAKATAN RAKYAT.
Ceramah yang diadakan tadi menampilkan beberapa pimpinan Dap negeri dan pusat termasuk pengerusi Dap pusat Lim kit siang,Anthony loke dan calon pas permas syed othman abdullah.
Rakyat yang membanjiri ceramah tersebut bukan diangkut dengan bas,bukan diberi makan percuma,bukan diberi upah RM30 atau diberi t-shirt percuma tetapi mereka hadir semata-mata ingin mendapat maklumat sebenar dari pemimpin pakatan rakyat.
Tidak seperti majlis yang dianjurkan oleh UMNO BN seperti majlis himpunan rakyat gelombang biru yang diadakan di pasir gudang 2 hari lepas dimana kehadiran rakyat sangat hambar walaupun diberi upah,makan dan bermacam-macam lagi yang ditawarkan.
Jelas dan nyata UMNO BN tidak relevan dan sudah ditolak oleh rakyat sebagai pemerintah dan saat ini rakyat menunggu PRU13 untuk menunjukkan kepada UMNO BN jalan keluar.......
Untuk UMNO BN...Ini kalilah!!!!
abusiraj almuner
Setiausaha PAR permas