Quantcast
Channel: Agenda Perjuangan Rakyat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 149

SELEPAS MAHARANI,KINI GILIRAN RAKYAT DI PARLIMEN TENGGARA

$
0
0

Selepas di Maharani muar pada hari sabtu, PAPISMA JOHOR menyambungkan tugas serta tenaga seterusnya pada hari Ahad di dun panti dan dun pasir raja dalam parlimen tengara..Pertugas papisma yang sudah ditarbiyah untuk mengharungi perjuangan tidak sedikitpun mengeluh malah tidak menghiraukan penat lelah dan jemu untuk terus bersama amilin pas melakukan tugasan demi memastikan kemenangan Islam.







Team perubatan yang diketuai oleh pengerusi papisma dan 2 pertugas lain bersama jentera MTD dun panti dan dun pasir raja telah menyantuni setiap pelusuk felda gugusan di 2 dun ini.sebanyak 32 buah rumah telah diziarah dan program statik juga diadakan di taman melati.calon parlimen Hj husein demi,calon dun panti Ust azlisham  dan calon dun pasir raja let.kon.bersara tuan hj nazari mokthar tidak ketinggalan bersama dalam misi mendekati rakyat.








Program mendekati dan menyantuni masyarakat setempat ini adalah program yang kerap dilakukan oleh jentera MTD dun panti dan pasir raja.Program ini bukan sekadar memberi sumbangan dan rawatan percuma ia juga dapat merapatkan siratulrahim diantara Pas dan rakyat. 


abusiraj almuner
setiausaha kerja papisma Johor

Viewing all articles
Browse latest Browse all 149