Quantcast
Channel: Agenda Perjuangan Rakyat
Viewing all articles
Browse latest Browse all 149

ZIARAH MARHABBAH PAR PERMAS

$
0
0

Ziarah-menziarahi sesama Islam boleh mengeratkan lagi ukhuwah dan kefahaman diantara satu sama lain.Apatah lagi apabila saudara kita itu terlantar kesakitan.Pagi tadi penyelia PAR permas Tuan syed Othman dan setiausaha par telah menziarahi rakan seperjuangan ketua ranting PKR pasir puteh saudara Ismail Aran 60 tahun yang baru sahaja pulih dari penyakit angin asmar.

Sesampai ke rumah beliau di kampung pasir puteh,saudara Jamaluddin Malik 34 tahun bekas ketua pemuda umno yang sekarang menjadi ajk ranting pkr sudah sedia menunggu dan menyambut kedatangan kami.






Jamaluddin Malik ini seorang pemuda Umno caw yang aktif dahulu,beliau pernah menganjurkan jelajah perdana menteri bebasikal dan berjaya menarik ramai pemuda untuk bersama UMNO ketika itu.katanya,itu adakah sejarah silam.Semasa dalam PKR beliau juga berjaya menganjurkan  Futsall perdana di prima sport hingga dapat menarik seramai 120 pasukan dengan kehadiran berbagai agency kerajaan dan penyertaan UMNO sendiri dalam pertandingan tersebut.





Ziarah marhabbah PAR permas banyak menjurus kepada pembincangan mengenai permasalah penduduk setempat,isu tanah di pasir puteh yang masih belum diselesaikan dan isu-isu semasa.


abusiraj almuner
setiausaha PAR permas

Viewing all articles
Browse latest Browse all 149